Pemandu, kelindan maut nahas dua lori

Pemandu dan kelindan maut apabila lori muatan raga ayam yang mereka naiki terbakar selepas terlibat dalam nahas dengan sebuah lori lain di Kilometer 294.8 Lebuhraya Utara Selatan.
Pemandu dan kelindan maut apabila lori muatan raga ayam yang mereka naiki terbakar selepas terlibat dalam nahas dengan sebuah lori lain di Kilometer 294.8 Lebuhraya Utara Selatan.
A
A
A

GOPENG - Pemandu dan kelindan maut apabila lori muatan raga ayam yang mereka naiki terbakar selepas terlibat dalam nahas dengan sebuah lori lain di Kilometer 294.8 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, laluan Gopeng ke Simpang Pulai, dekat sini pada Khamis.

Pemandu yang dikenali sebagai Yew Khiang Khoon dan kelindan Abdul Rahman Mat Desa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak paramedik.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 9.10 pagi itu melibatkan sebuah lori muatan raga ayam dan treler muatan batu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan itu menghala ke arah utara.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba lori muatan raga ayam telah melanggar bahagian belakang treler muatan batu semasa berada di lorong kiri menyebabkan lori mengalami kebakaran tetapi dapat dipadam oleh pihak bomba,” katanya dalam kenyataan di sini.

Nahas kira-kira jam 9.10 pagi itu melibatkan sebuah lori muatan raga ayam dan treler muatan ba
Nahas kira-kira jam 9.10 pagi itu melibatkan sebuah lori muatan raga ayam dan treler muatan ba

Menurutnya, kemalangan menyebabkan pemandu serta kelindan tersepit di dalam lori dan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.

Mohd Nazri berkata, kemalangan turut menyebabkan pemandu treler mengalami kecederaan dan dibawa oleh ambulans ke hospital untuk rawatan.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, laluan kiri arah utara ditutup untuk kerja-kerja siasatan dan pembersihan menyebabkan berlaku kesesakan kira-kira 10 kilometer.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mereka menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 9.10 pagi.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng telah dikejarkan ke lokasi.

“Kejadian melibatkan kemalangan dua buah lori, sebuah lori muatan sangkar ayam telah terbakar anggaran 40 peratus akibat pelanggaran bahagian belakang sebuah lori muatan batu,” ujarnya.

Katanya, anggota melaksanakan ‘size-up’ seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dan RECEO, menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Mohd Nor Khairi Johari tamat jam 11.28 pagi. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!