Jalan Sambungan Persiaran Taman Perindustrian Kinrara - BK 5B dibuka

Sze Han (depan, tengah) semasa Majlis Perasmian Jalan Sambungan di antara Persiaran Taman Perindustrian Kinrara dan Jalan BK 5B, Puchong pada Khamis.
Sze Han (depan, tengah) semasa Majlis Perasmian Jalan Sambungan di antara Persiaran Taman Perindustrian Kinrara dan Jalan BK 5B, Puchong pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Jalan Sambungan di antara Persiaran Taman Perindustrian Kinrara dan Jalan BK 5B, Puchong yang mula dibuka pada Khamis memberi manfaat kepada kira-kira lebih 100,000 penduduk termasuk premis perniagaan dan perumahan sekitarnya.

Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memaklumkan, kos pembinaan projek yang menelan belanja RM3 juta itu membantu penyuraian kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Bukit Jalil.

Menurut kenyataan itu, jalan sambungan itu juga menyediakan laluan alternatif kepada penduduk setempat dalam membantu mengurangkan kesesakan di sekitar kawasan tersebut.

"Impak projek ini juga dilihat sebagai penyelesaian ‘missing link’ yang memisahkan kawasan Bandar Kinrara dengan Taman Perindustrian Kinrara yang hanya disambungkan melalui jalan dalaman," katanya.

Majlis perasmian laluan tersebut disempurnakan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han.

Kenyataan itu memberitahu, jalan sepanjang 230 meter itu mula dibina pada 8 Februari tahun lepas dan siap pada 14 Februari lalu.

"Antara skop dilaksanakan seperti kerja pembersihan tapak dan tanah, pembinaan sistem saliran (longkang), jalan dan perabot jalan, lampu jalan serta pengukuhan cerun sejajar dengan keadaan di tapak," jelas kenyataan itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!