Rizab antarabangsa Malaysia AS$114.3 bilion pada 29 Februari

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.3 bilion pada 29 Februari 2024.
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.3 bilion pada 29 Februari 2024.
A
A
A

RIZAB antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.3 bilion pada 29 Februari 2024.

Bank pusat dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah AS$101.8 bilion, diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM629.17 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM524.44 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.0 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.41 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.51 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM60.68 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM187.42 bilion), mata wang dalam edaran (RM167.37 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM169.45 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM4.2 bilion), deposit lain (RM39.65 bilion), kertas Bank Negara (RM27.47 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.75 bilion). - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!