'Kabel elektrik sekolah agama pun nak curi'
BERITA SEMASA 7 MAC 2024
Berbaki tiga hari sebelum sesi persekolahan bermula, Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Muhammadiah Kampung Ulu Kuang, Chemor di Ipoh berdepan masalah untuk beroperasi apabila kabel elektrik sekolah berkenaan dilaporkan dicuri, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Guru Besar sekolah tersebut, Mohd Safuan Shamlan berkata, kejadian disedari berlaku selepas seminggu cuti penggal akhir persekolahan Februari lalu apabila melibat kesan paip pendawaian diletakkan di sekitar sekolah selain fius utama turut ditanggalkan dan kabel dipotong.
Menurutnya, kejadian kecurian di sekolah tersebut bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini peralatan elektrik seperti kipas siling dan fius meter pernah dicuri namun kali ini paling besar melibatkan kabel elektrik.
Sementara itu, ADUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata, pihaknya bersama-sama Pejabat Ahli Parlimen Tambun menyerahkan sumbangan RM7,000 bagi membantu menyegerakan proses pendawaian elektrik sekolah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/653230/edisi/perak/kabel-elektrik-sekolah-agama-pun-nak-curi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #KecurianKabel