EXIM Bank, Rasuah Busters kongsi misi, visi sama

Nurbaya (enam kanan) dan Charon Wardini (enam kiri) pada Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.
Nurbaya (enam kanan) dan Charon Wardini (enam kiri) pada Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - EXIM Bank dan Rasuah Busters berkongsi misi dan visi sama apabila mensasarkan pendekatan toleransi sifar terhadap rasuah, penyelewengan kuasa dan fraud dalam setiap urusniaga dan hubungan perniagaan.

Pemangku Presidennya, Nurbaya Kassim Chang berkata, informasi dan input daripada kempen peringkat nasional Rasuah Busters juga sangat membantu dalam menjayakan kempen kesedaran EXIM Bank di peringkat organisasi.

"Rasuah Busters mempunyai rangkaian rakan-rakan strategik yang luas dan EXIM Bank mensasarkan usaha kolektif bersama Rasuah Busters di masa akan datang," katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah serta Perasmian Pelan AntiRasuah Organisasi (OACP) di sebuah hotel di ibu negara pada Khamis.

Hadir sama, Pengerusi EXIM Bank, Datuk Charon Wardini Mokhzani dan Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Shukri Muhamad Taib.

Kakitangan EXIM Bank pada Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.
Kakitangan EXIM Bank pada Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.

Dalam pada itu, Nurbaya turut memaklumkan, EXIM Bank sentiasa terbuka untuk menyokong apa jua program serta aktiviti CSR berkaitan integriti bagi memberikan impak sosial yang positif ke arah kesedaran berkenaan kesan perlakuan rasuah.

"Usaha ini juga bagi menunjukkan sokongan EXIM Bank terhadap usaha murni kerajaan Malaysia di dalam membanteras rasuah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Malah bagi menyatakan komitmen ini EXIM Bank akan memberikan tanggungjawab CSR integriti ini kepada Jabatan Integriti dan juga Jabatan Komunikasi Korporat EXIM Bank untuk berkolaborasi sama ada dengan Rasuah Busters atau mana-mana NGO lain.

"Ini bagi mempromosikan kesedaran masyarakat ke arah masyarakat beretika dan berintegriti dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai "A Nation of Integrity" dan "A Corrupt-Free Nation"," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!