Saya pakai tanda nama jawi: Wan Azizah
SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertekad untuk terus mempertahankan perpaduan dan keharmonian yang ada di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di laman Facebooknya turut memuat naik gambar pertemuannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pagi ini.
Selain itu, Wan Azizah turut menunjukkan gambarnya bersama tanda nama tulisan jawi.
“Pagi ini saya bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sambil memakai tanda nama jawi,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: KPM perlu teruskan cadangan pengenalan jawi di sekolah
Tulisan jawi: Perlu persetujuan 51 peratus ibu bapa, PIBG
Isu tulisan jawi hangat diperkatakan sejak tahun lalu apabila Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan tiga mukasurat pembelajaran tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun Empat di sekolah vernakular.
Namun pelaksanaannya mendapat tentangan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan beberapa pemimpin kaum Cina.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!