Aaron-Soh Wooi teruskan kemaraan Malaysia di Paris
BEREGU lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tenang meneruskan cabaran Malaysia dalam Kejuaraan Badminton Terbuka Perancis Super 750 pada Jumaat.
Aaron-Wooi Yik berstatus nombor lima dunia lulus ujian kedua selepas mengatasi gandingan nombor 25 dari Taiwan, Lee Fang-chih- Lee Fang-jen, 21-16, 21-18 dalam masa 39 minit.
Kemenangan itu membolehkan Aaron-Wooi Yik menempah slot menentang beregu Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae yang menyingkirkan cabaran wakil China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, 21-18, 21-10.
Bagaimanapun cabaran satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun berakhir di pusingan kedua selepas tewas
Satwiksairaj Rankireddy- Chirag Shetty.
Pasangan berstatus nombor 18 dunia itu tewas kepada gandingan nombor satu dunia dari India tersebut 13-21, 12-21 dalam aksi 32 minit.
Sebelum itu, perjuangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersekat selepas tewas kepada pasangan nombor empat dunia Feng Yanzhe-Huang Dongping dari China.
Pasangan kesembilan dunia itu tewas 18-21, 14-21 dalam perlawanan pusingan kedua di Arena Porte de la Chapelle di Paris.
Ini kekalahan kedua pasangan negara kepada produk China itu selepas tewas 10-21, 13-21 dalam Jelajah Dunia Akhir 2023.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!