Ketua PBB gesa gencatan senjata sebelum Ramadan di Sudan
NEW YORK - Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada Khamis menyeru untuk gencatan senjata dalam konflik antara tentera dan kumpulan separa tentera di Sudan menjelang bulan suci Ramadan.
"Pemberhentian permusuhan ini sepatutnya membawa kepada penamat sepenuhnya dalam pertempuran di seluruh negara dan membuka jalan yang jelas menuju kepada keamanan yang berterusan bagi rakyat Sudan.
"Nilai-nilai murni Ramadan mesti diutamakan,” kata Guterres kepada Majlis Keselamatan PBB, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Badan PBB itu dijangka mengundi mengenai draf resolusi pada Jumaat selain menyeru untuk gencatan senjata. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!