[VIDEO] Hapus pangkalan haram: Kelantan sedia jumpa KDN

A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membincangkan isu menghapuskan pangkalan haram di sempadan negara di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, pihaknya menunggu tarikh itu untuk bekerjasama dalam usaha membanteras sebarang penyeludupan melibatkan Malaysia dan Thailand.

“Kami tunggu beliau datang untuk berbincang isu ini.

“Kami sentiasa terbuka untuk berbincang dengan sesiapapun lebih-lebih lagi Kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Madinah Ramadan di Medan Ilmu, di sini pada Jumaat.

Mohd Nassuruddin (tengah) menerima sumbangan RM10,000 yang diberikan oleh Rumah Ngaji Kelantan untuk Tabung Madinah Ramadan.
Mohd Nassuruddin (tengah) menerima sumbangan RM10,000 yang diberikan oleh Rumah Ngaji Kelantan untuk Tabung Madinah Ramadan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Selasa memberitahu akan mengadakan pertemuan tersebut dalam masa terdekat bagi membincangkan isu penghapusan pangkalan haram yang berisiko menjadi laluan sebarang bentuk penyeludupan.

KDN juga memberitahu sememangnya wujud perjanjian kerjasama keselamatan sempadan dengan Thailand dan mengutamakan penyelesaian isu sempadan di sebelah Malaysia dahulu.

Sinar Harian sebelum ini melakukan beberapa siri tinjauan di sekitar Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor membabitkan lokasi pangkalan haram yang dikesan mudah membawa masuk atau keluar penumpang sama ada tempatan atau Thailand.

Artikel Berkaitan:

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!