Kerajaan konsisten bela hak, kebajikan wanita - PM Anwar

Anwar. Foto Bernama
Anwar. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan kekal tegas dan konsisten dalam membela hak wanita di negara ini.

Bersempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut hari ini, Anwar dalam laman Facebooknya berkata, kerajaan juga akan memastikan kebajikan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak wanita terus diperteguh.

"Selamat menyambut Hari Wanita kepada seluruh kaum wanita terutama di Malaysia.

"Hari besar ini disambut sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab yang dimainkan golongan wanita dalam membangun tamadun dan masyarakat, selain memastikan kaum wanita diberi tempat yang selayaknya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang mampan,” katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerana terus bersama dalam perjuangan yang panjang dalam merubah sistem dan membetulkan kepincangan.

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang serta memperjuangkan hak golongan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!