Dua lelaki bertopi keledar ragut rantai leher diburu

Dua lelaki bertopi keledar diburu polis untuk siasatan kes ragut rantai leher pekerja wanita di sebuah kedai serbaneka di Jenjarom, Selangor pada Khamis.
Dua lelaki bertopi keledar diburu polis untuk siasatan kes ragut rantai leher pekerja wanita di sebuah kedai serbaneka di Jenjarom, Selangor pada Khamis.
A
A
A

KUALA LANGAT - Polis giat memburu dua lelaki bertopi keledar yang meragut rantai leher pekerja kedai serbaneka di Jenjarom dekat sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintenden Mohd Sufian Amin berkata, laporan kejadian itu diterima pihaknya pada jam 12.24 tengah hari melibatkan mangsa berusia 51 tahun.

"Mangsa menyatakan dia telah didatangi dua lelaki tempatan yang memakai topi keledar ke dalam premis.

"Salah seorang suspek kemudian telah menarik rantai leher mangsa hingga menyebabkan dia terjatuh," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat kes terbabit dan usaha mengesan suspek masih dijalankan.

Tambahnya, orang awam dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat dan melihat kejadian terbabit diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Pada Khamis tular di media sosial rakaman video tindakan dua lelaki terbabit yang meragut rantai leher seorang wanita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!