Lapan premis pelacuran diserbu, 12 lelaki ditahan

Antara individu ditahan pihak polis setelah serbuan dilakukan di lapan premis pelacuran sekitar Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto: PDRM.
Antara individu ditahan pihak polis setelah serbuan dilakukan di lapan premis pelacuran sekitar Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto: PDRM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lapan premis pelacuran di sekitar Jalan Petaling, dekat sini diserbu pihak berkuasa bagi membanteras aktiviti tidak bermaruah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, bertindak atas maklumat risikan, pihaknya melakukan serbuan selama dua jam bermula jam 4 petang pada Khamis.

Ekoran itu beliau berkata, pihak polis telah menahan 12 individu warga tempatan membabitkan empat lelaki dan lapan wanita.

Tambahnya, kesemua mereka yang ditahan berusia lingkungan 25 hingga 49 tahun.

"Pihak polis turut merampas 89 keping kondom, gel pelincir (7), tisu gulung (27), buku catatan (3) serta wang tunai berjumlah RM500.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 372B dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Antara individu ditahan pihak polis setelah serbuan dilakukan di lapan premis pelacuran sekitar Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Khamis. -Foto: PDRM.
Antara individu ditahan pihak polis setelah serbuan dilakukan di lapan premis pelacuran sekitar Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Khamis. -Foto: PDRM.

Menurutnya, kesemua individu yang ditahan itu direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin ini bagi tujuan siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis meminta orang ramai untuk memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

"Maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!