AS luluskan lebih 100 jualan senjata secara rahsia kepada Israel

Hanya dua urus niaga senjata yang diluluskan Presiden Joe Biden dihebahkan kepada umum. - Foto: AFP
Hanya dua urus niaga senjata yang diluluskan Presiden Joe Biden dihebahkan kepada umum. - Foto: AFP
A
A
A

WASHINGTON - Sebuah laporan terbaharu mendedahkan Amerika Syarikat (AS) secara senyap-senyap meluluskan lebih 100 urus niaga senjata kepada Israel sejak Perang Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu.

Menerusi taklimat sulit baru-baru ini, urus niaga itu termasuk ribuan peluru berpandu berketepatan tinggi, bom berdiameter kecil, pemusnah bunker dan senjata 'maut' lain.

Pendedahan itu dibuat The Washington Post pada Rabu selepas hanya dua urus niaga senjata yang diluluskan Presiden Joe Biden dihebahkan, namun angka terkini tiga digit 'dirahsiakan' daripada pengetahuan umum.

Bekas pegawai Jabatan Negara AS, Josh Paul yang meletak jawatan kerana membantah dasar pentadbiran Biden mendakwa proses pemindahan senjata itu jelas tidak telus.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Washington telah membekalkan rejim Tel Aviv dengan lebih 10,000 tan peralatan ketenteraan sebagai sokongan terhadap kempen pengeboman ganas ke atas Genting Gaza. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!