Banjir kilat: Warga emas terperangkap di kebun diselamatkan

Anggota APM Port Dickson membantu seorang wanita warga emas yang terperangkap di kebunnya akibat banjir kilat di Kampung Baru Tanah Site C, Chuah, Port Dickson pada Jumaat. Foto ihsan APM
Anggota APM Port Dickson membantu seorang wanita warga emas yang terperangkap di kebunnya akibat banjir kilat di Kampung Baru Tanah Site C, Chuah, Port Dickson pada Jumaat. Foto ihsan APM
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang wanita warga emas yang terperangkap akibat banjir kilat di kebunnya di Kampung Baru Tanah Site C, Chuah di sini diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Port Dickson pada Jumaat.

Sekretariat Pengurusan Bencana APM Port Dickson berkata, warga emas berusia 63 tahun itu diselamatkan pada jam 7.27 malam selepas kebunnya dinaiki air, ekoran hujan lebat berterusan sejak jam 5.20 petang.

Menurutnya, difahamkan wanita yang berada seorang diri di kebunnya itu bimbang untuk menyeberang ke lokasi selamat kerana keadaan air yang deras.

"Sejurus menerima maklumat daripada orang awam, sepasukan anggota telah ke lokasi bagi operasi menyelamat mangsa.

"Lebih kurang jam 8.28 malam, mangsa telah berjaya dibawa keluar dari lokasi manakala pemantauan banjir terus dilakukan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!