Penemuan objek asing di Kem Iskandar, Maritim pertingkat pemantauan

Pemeriksaan dijalankan secara bersepadu oleh pasukan penyiasatan ke atas objek asing yang dijumpai di Mersing, Johor, baru-baru ini. Gambar kecil: Hamid
Pemeriksaan dijalankan secara bersepadu oleh pasukan penyiasatan ke atas objek asing yang dijumpai di Mersing, Johor, baru-baru ini. Gambar kecil: Hamid
A
A
A

SHAH ALAM - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mempertingkatkan pemantauan melalui aset-aset yang digerakkan dalam rondaan penguatkuasaan susulan penemuan satu objek asing di Kem Iskandar, Mersing, Johor.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, pihaknya sedang memantau kejadian itu di samping memberi penekanan terhadap aset-aset yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang maritim.

"Kita juga sedang mengenal pasti tindakan yang boleh dilaksanakan seperti mengadakan kajian atau operasi bersepadu dengan jabatan yang berkaitan khususnya agensi perisikan dan maritim negara.

"Setakat ini objek terbabit masih belum dikenal pasti dan siasatan kes itu diketuai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada Jumaat, satu portal berita melaporkan objek itu disyaki serpihan roket yang dikatakan dijumpai pada 14 Februari lalu.

Objek telah ditemui oleh anggota 21 Gerup Gerak Khas (21GGK) semasa melaksanakan aktiviti rutin dan rondaan keselamatan kem.

Difahamkan, penyiasatan mengenai objek itu dijalankan Agensi Angkasa Malaysia, Bahagian Penguasa Angkasa, Jabatan Tenaga Atom dan Maritim Malaysia.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!