Pemandu lori maut digilis jentera berat

Pemandu lori maut digilis jentera berat selepas terjatuh akibat tergelincir ketika sedang mengikat kayu balak dalam kejadian di Kilometer (KM) 26 Jalan Jerantut-Padang Piol dekat kawasan matau balak pada Jumaat. Gambar hiasan 123RF
Pemandu lori maut digilis jentera berat selepas terjatuh akibat tergelincir ketika sedang mengikat kayu balak dalam kejadian di Kilometer (KM) 26 Jalan Jerantut-Padang Piol dekat kawasan matau balak pada Jumaat. Gambar hiasan 123RF
A
A
A

JERANTUT - Seorang pemandu lori maut digilis sebuah jentera berat selepas terjatuh akibat tergelincir ketika sedang mengikat kayu balak dalam kejadian di Kilometer (KM) 26 Jalan Jerantut-Padang Piol dekat kawasan matau balak dekat sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa, Saifulnizam Zakaria, 41, yang beralamat di Kampung Pajoh, Jerangsang, Benta, Kuala Lipis meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, siasatan lanjut mendapati ketika kejadian mangsa sedang mengikat balak di atas treler jenis Nissan menggunakan rantai besi.

Menurutnya, semasa sedang mengikat kayu balak terbabit, mangsa telah tergelincir lalu terjatuh di belakang kenderaannya.

"Pada masa yang sama pemandu jentera berat berusia 55 tahun yang sedang menjalankan kerja-kerja mengangkat balak tidak menyedari mangsa berada di belakang lalu telah menggilis mangsa.

"Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan lanjut telah dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelasnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan (KK).

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!