Angka korban banjir, tanah runtuh di Sumatera Barat meningkat kepada 13 orang

Pasukan penyelamat memindahkan mayat mangsa selepas banjir dan tanah runtuh melanda Kabupaten Padang Pariaman di Sumatera Barat, Indonesia. Foto Xinhua
Pasukan penyelamat memindahkan mayat mangsa selepas banjir dan tanah runtuh melanda Kabupaten Padang Pariaman di Sumatera Barat, Indonesia. Foto Xinhua
A
A
A

JAKARTA - [DIKEMAS KINI] Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh di dua daerah di Sumatera Barat, Indonesia meningkat kepada 13 orang pada Sabtu, kata pegawai.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Pesisir Selatan, Doni Yusrizal berkata, sekurang-kurangnya 10 orang di daerah itu disahkan maut manakala lapan lagi hilang.

"Jumlah penduduk yang dipindahkan telah meningkat kepada 46,000 dengan pusat perlindungan didirikan di seluruh daerah," menurutnya dalam satu kenyataan.

Bencana itu menyebabkan kerosakan besar, termasuk 14 rumah tertimbus, 20,004 rumah dinaiki air dan lapan jambatan tidak dapat diakses.

Seramai tiga orang terbunuh dalam banjir buruk dan tanah runtuh di daerah Padang Pariaman, Sumatera Barat akibat hujan lebat sejak Khamis malam.

Agensi pengurusan bencana Sumatera Barat mengesahkan seorang maut dalam banjir manakala dua lagi tertimbus dalam tanah runtuh pada Jumaat, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB).

Dalam satu kenyataan, jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata, seramai 3,000 penduduk di 15 mukim dan 32 penempatan terjejas banjir, dengan 800 rumah ditenggelami air sehingga tiga meter, memaksa sebahagiannya mencari perlindungan di tempat lain.

Menurut beliau, bencana itu juga menyebabkan kerosakan besar, termasuk kemusnahan tiga jambatan, jalan raya, lima kemudahan awam dan hampir 10 hektar tanah pertanian.

Artikel Berkaitan:

Usaha tindak balas kecemasan sedang dijalankan, termasuk operasi pembersihan lumpur dan penubuhan dapur awam.

Pegawai kesihatan juga sedang menubuhkan pos kesihatan untuk memberikan bantuan perubatan kepada penduduk yang terjejas.

Agensi Meteorologi BMKG telah mengeluarkan amaran awal untuk hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di kawasan berbeza, termasuk Payakumbuh dan Bukittinggi pada Sabtu dan Padang Pariaman pada Ahad.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!