Empat tahun koma akibat makan sandwic beracun
JERMAN – Seorang pemuda yang koma selama empat tahun selepas menikmati sandwich beracun angkara rakan sekerjanya, dilaporkan telah meninggal dunia.
Kematian mangsa berusia 26 tahun itu disahkan mahkamah di Bielefeld, Jerman pada Khamis lalu, lapor Metro.co.uk.
Suspek dikenali sebagai Klaus O dihukum penjara seumur hidup pada Mac tahun lalu selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Klaus yang mahu memfailkan rayuan terhadap hukumannya itu didakwa meletakkan merkuri dan bahan beracun lain dalam makanan rakan sekerjanya.
Akibat daripada tindakannya itu, seorang mangsa koma manakala dua lagi mengalami kerosakan buah pinggang yang serius.
Suspek ditahan pada Mei 2008 selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia meletakkan serbuk beracun di dalam sandwich rakan sekerjanya di Schloss Holte-Stukenbrock.
Botol mengandungi serbuk beracun sama digunakan membunuh mangsa juga ditemui dalam beg Klaus ketika dia ditahan.
Dalam pada itu, pihak polis turut menggeladah rumahnya dan menjumpai kadmium, plumbum dan merkuri yang dipercayai digunakan untuk meracun rakan sekerjanya.
Penahanannya turut mendorong polis menyiasat semula kes kematian 21 pekerja di sebuah kilang sejak 2000.
"Terdapat serangan jantung dan kanser yang sangat tinggi dalam kalangan kes kematian di dalam kilang tersebut.
"Motif pelakunya masih belum didedahkan tetapi semasa perbicaraannya, seorang psikologi berkata bahawa dia telah bertindak seperti seorang saintis yang sedang menguji bahan uji kajinya,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!