Luqman dalam kesebelasan utama Yokohama SCC
PENYERANG muda skuad Bawah 23 Tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin disenaraikan dalam kesebelasan utama Yokohama SCC yang akan berdepan Matsumoto Yamaga FC dalam aksi Liga Jepun Tiga (J3) di Stadium Matsumoto.
Luqman bakal menyarung jersi nombor 13 menggalas cabaran kelab di tangga ke-16 liga itu berdepan Matsumoto Yamaga yang kini menduduki tangga ketujuh.
Sebelum ini bintang Harimau Muda itu menikmati minit permainan kompetitif pertama bersama kelab baharunya, Yokohama SCC pada Rabu lalu.
Luqman ditampilkan pada separuh masa kedua ketika berdepan kelab Divisyen Dua, Mito Hollyhock dalam pusingan pertama Piala YBC Levain 2024 di Stadium Nippatsu Mitsuzawa.
Luqman dimasukkan pada minit ke-77 ternyata memanfaatkan peluang beraksi di posisi sayap kiri membantu jentera serangan kelab Divisyen Tiga tersebut.
Luqman yang dipinjamkan dari KV Kortrijk menggantikan Wakizaka Ryohei bersama-sama rakan sepasukan mengekalkan jaringan awal Koki Matsumura minit ke-67 sebelum itu, sekali gus debut pertama di bumi Samurai Biru.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!