KKM rekod 15 kes berkaitan cuaca panas

Orang ramai diingatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan ketika cuaca panas terutamanya pada bulan Ramadan.
Orang ramai diingatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan ketika cuaca panas terutamanya pada bulan Ramadan.
A
A
A

KUALA NERUS - Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Dzulkefly berkata, bagaimanapun keadaan itu masih terkawal dan orang ramai dinasihatkan supaya mengelak dari terdedah pada cuaca panas terutama pada bulan Ramadan nanti.

"Daripada jumlah kes berkaitan cuaca panas itu, sebanyak empat kes membabitkan strok haba dan 11 kes melibatkan kelesuan haba.

"Kes itu juga melibatkan individu berumur 17 hingga 50 tahun. Mereka ini tededah dengan cuaca panas dan daripada jumlah itu ada yang bertugas sebagai anggota badan beruniform.

"Terdapat satu sahaja kes masih mendapat rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah manakala 14 kes lain telah mendapatkan rawatan dan sudah sembuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Wellness Hub Terengganu di Klinik Kesihatan Seberang Takir dekat sini pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, setakat ini tiada kes laporan kematian direkodkan berhubung kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Dr Dzulkefly (tengah) ketika sidang akhbar
Dr Dzulkefly (tengah) ketika sidang akhbar

Beliau menambah jumlah kes berkaitan cuaca panas mengikut negeri adalah tujuh di Perak, Kedah (tujuh), dan satu di Sabah.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan ketika cuaca panas terutamanya pada bulan Ramadan antaranya merancang aktiviti di luar rumah dengan mengelak waktu puncak cuaca panas antara jam 11 pagi hingga 4 petang.

"Kekalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya lapangelas sehari terutama mereka yang berpuasa dari waktu berbuka sehingga bersahur bagi mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal-atur suhu badan.

"Golongan berisiko tinggi seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas perlu dipastikan minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi," ujarnya.

Selain itu, Dr Dzulkefly berkata, orang ramai juga diminta untuk todam memakai pakaian tebal selain menggunakan pelindung diri seperti payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung kepada cuaca panas.

"Hadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas elakkan berada dalam kenderaan tertutup ketika penyaman udara tidak dihidupkan semasa cuaca panas

"Orang ramai juga diminta dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas," jelasnya.

Sementara, itu, Dr Dzulkefly menyatakan KKM telah mewujudkan sebanyak 33 Wellness Hub di seluruh negara termasuklah Wellness Hub Terengganu.

Katanya, Fmfasiliti tersebut berfungsi sebagai 'One Stop Centre' yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti setempat.

"Penubuhan Wellness Hub Terengganu ini dilihat sebagai salah satu strategi yang komprehensif bagi merealisasikan hasrat KKM untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang peka dan prihatin terhadap kesihatan sendiri," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!