Perhalusi pemberian insentif dengan jumlah sama kes rasuah

Pemberian intensif kepada pegawai yang melaporkan kes rasuah sama dengan nilai jumlah yang ditawarkan kepada kegiatan tersebut perlu diperhalusi oleh semua pihak. - Gambar hiasan.
Pemberian intensif kepada pegawai yang melaporkan kes rasuah sama dengan nilai jumlah yang ditawarkan kepada kegiatan tersebut perlu diperhalusi oleh semua pihak. - Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemberian intensif kepada pegawai yang melaporkan kes rasuah sama dengan nilai jumlah yang ditawarkan kepada kegiatan tersebut perlu diperhalusi oleh semua pihak.

Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib berkata, menjadi persoalan sama ada ia dapat membendung kegiatan rasuah di negara ini.

Katanya, ia juga dikhuatiri akan memberi impak lain sekiranya ada pihak yang meneguk di air keruh dengan mengambil kesempatan atas intensif diberikan.

"Adakah dengan cara memberikan intensif dapat mengurangi kadar atau melenyapkan salah laku penjawat awam atau pegawai dalam memerangi rasuah.

"Mungkin kita perlukan data dan juga kajian kes yang menunjukkan adanya penurunan amalan rasuah atau sebaliknya. Kita juga tidak mahu seperti rumah sudah siap tapi pahat berbunyi," ujarnya pada Sabtu.

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada memaklumkan lebih RM1.03 juta ganjaran telah disalurkan kepada penjawat awam yang membuat aduan atau memberi maklumat berhubung isu rasuah bagi tempoh 2012 hingga 2023.

Jelasnya, ia dilaksanakan berdasarkan garis panduan berkaitan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 2011.

Menurut garis panduan berkenaan, pegawai yang melaporkan kes rasuah akan menerima insentif yang sama dengan jumlah rasuah ditawarkan kepada mereka.

Artikel Berkaitan:

Tambah Hamdan Daniel, rakyat Malaysia berhak mengetahui sejauh mana keberkesanan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membasmi rasuah dari terus merebak dan akhirnya melumpuhkan sistem pentadbiran negara.

"Bukanlah semua perkara boleh diselesaikan dengan memberi imbuhan material dan sebagainya. Apa yang perlu diberi fokus adalah bagaimana mahu keluar dari belenggu rasuah.

"Ini kerana, Malaysia bebas dari rasuah mampu menarik keyakinan pelabur asing untuk terus melabur di negara ini dan akhirnya melonjakkan ekonomi ke tahap yang lebih baik," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!