Muhyiddin perlu lihat rekod sendiri - Hassan

Hassan
Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan untuk melihat semula rekod kebebasan demokrasi ketika negara di bawah pentadbirannya sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, tindakan Muhyiddin yang pernah mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen adalah tidak demokratik serta menekan kebebasan.

"Sebagai tanda bantahan kepada tindakan Kerajaan PN yang mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen, maka saya telah mencabar tindakan di mahkamah.

"Saya ingin membuktikan bahawa tindakan Muhyiddin Yassin yang anti demokrasi itu adalah salah," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ketika Konvesyen Wakil-wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN) 2024 mengingatkan kerajaan tidak boleh sesuka hati menyekat hak dan kebebasan rakyat.

Ini kerana menurut Presiden Parti Bumi Bersatu (Bersatu) itu, Malaysia mempunyai landasan undang-undang serta kuasa kerajaan dihadkan oleh perundangan.

Dalam pada itu Hassan berkata, semakan kehakiman ke atas Kerajaan PN juga telah dibuat dan sehingga hari ini masih belum selesai di peringkat Mahkamah Persekutuan.

"Jadi apabila di Konvensyen PN hari ini Muhyiddin menuduh dan mendakwa Kerajaan Madani pimpinan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebagai menekan kebebasan dan tidak demokratik, maka saya fikir ada moleknya Muhyiddin melihat rekod lampaunya sendiri," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!