Bayi maut dicampak dari tingkat atas kondominium
KUALA LUMPUR - Kejam dan tidak berperikemanusiaan, itu gambaran kejadian melibatkan seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium dekat Sri Petaling di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 2.30 petang.
"Polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian sebelum tiba di lokasi kejadian.
"Mangsa dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi sehingga mengakibatkan bahagian kepala pecah," katanya menerusi kenyataan ringkas pada Sabtu.
Katanya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.
"Mangsa disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi.
"Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian," katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!