Muda tidak sertai jelajah PN - Amir Hariri

Amir
Amir
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak akan menyertai jelajah Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung Muda, Amir Hariri Abd Hadi sambil menjelaskan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti.

"Ini bukan keputusan parti dan tak pernah dibincangkan. Untuk itu, saya menafikan Muda akan sertai jelajah PN," katanya menerusi hantaran di laman X pada Sabtu.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan gabungan itu sedang merancang untuk mengadakan siri jelajah seluruh negara dengan turun ke setiap negeri bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Muhyiddin dilapor berkata, keputusan menjelajah bersama bekas Presiden Muda itu atas dasar sokongan yang ditunjukkan meskipun tidak menyertai PN.

Dalam pada itu, Amir Hariri turut menjelaskan, tidak ada sebarang persetujuan untuk sertai jelajah PN.

"Harap tidak ada pihak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan mengaitkan Muda, Ahli Parlimen Muda atau pimpinan Muda, mendahului keputusan parti," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!