ICAO terima laporan awal nahas pesawat Ukraine di Iran
Pasukan penyelamat memeriksa serpihan nahas pesawat yang terhempas berhampiran Tehran semalam. - Foto AFP
A
A
A
“Selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam Lampiran 13 Konvensyen Chicago (Kemalangan Pesawat dan Siasatan Insiden), Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah menerima pemberitahuan rasmi dan satu laporan awal nahas daripada Republik Islam Iran yang berkisar tentang kehilangan Penerbangan PS-752 milik Ukrainian International berhampiran Teheran,” menurut ICAO dalam satu kenyataan.
“ICAO selanjutnya menggesa agar spekulasi mengenai kemungkinan punca nahas dihentikan sehingga siasatan dalam Lampiran 13 selesai serta dirumuskan dan keputusan rasminya disahkan,” menurut kenyataan itu.
Pesawat jenis Boeing 737-800 itu yang dalam perjalanan ke Kyiv terhempas pada Rabu lalu berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di Teheran sejurus berlepas dan mengorbankan 176 orang.
Nahas itu berlaku beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera AS Iraq sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan komander tertinggi tentera elitnya, Qasem Soleimani.
Teheran yang merujuk data awal, berkata punca nahas adalah disebabkan masalah teknikal manakala Presiden AS, Donald Trump telah menyatakan keraguannya berhubung perkara itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!