Sinar Harian pilih 10 Wanita Inspirasi Malaysia

Sisipan khas Sinar Ahad sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024 yang menampilkan 10 Wanita Inspirasi Malaysia.
Sisipan khas Sinar Ahad sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024 yang menampilkan 10 Wanita Inspirasi Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Sinar Harian memilih 10 Wanita Inspirasi Malaysia yang disiarkan dalam sisipan khas bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, pemilihan 10 figura wanita itu mewakili kaum Hawa dari pelbagai bidang bagi meraikan kekuatan, ketabahan dan pencapaian wanita Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin
Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin

Katanya, lebih penting lagi kisah kehebatan wanita ini didendangkan dalam semua platform Sinar Harian agar menjadi inspirasi dan pembakar semangat golongan wanita terutamanya anak-anak muda yang mahu mengikut jejak tokoh-tokoh ini.

"Pemerkasaan wanita merangkumi pelbagai dimensi, bermula daripada peluang ekonomi dan pendidikan kepada kemasukan sosial dan politik.

"Apabila wanita berpendidikan, mereka lebih bersedia untuk mengharungi cabaran hidup, mengejar peluang kerjaya dan memperjuangkan hak mereka.

"Inilah mesej yang kami di Sinar Harian ingin tekankan dalam pelaporan kami mengenai pemerkasaan wanita seiring dengan tema Hari Wanita Sedunia tahun ini 'Wanita Dijulang Negara Gemilang'," kata Farah.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, apabila wanita diperkasakan ia menjadi pemangkin kepada perubahan positif, memacu inovasi, memupuk perpaduan sosial dan membina komuniti yang lebih makmur untuk generasi akan datang.

SEMANGAT HARI WANITA

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, pemilihan 10 ikon ini mula disenarai pendek oleh Sinar Harian bersama pasukan Sinar Plus, Sinar Daily, Sinar Bestari dan Sinar Islam Plus sejak Februari lalu.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli
Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli

Katanya, 10 wanita yang dipilih itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Syukri daripada bidang Politik dan Kepimpinan; Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikala Devi Subramaniam (Pasukan Beruniform) dan Pro-Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP, Prof Datuk Dr Asma (Pendidikan, Sains dan Teknologi).

Presiden OKU Sentral, Datuk Dr Ras Adiba Radzi (Aktivis dan Pertubuhan Bukan Kerajaan) antara tersenarai 10 Wanita Inspirasi Malaysia Sinar Harian.
Presiden OKU Sentral, Datuk Dr Ras Adiba Radzi (Aktivis dan Pertubuhan Bukan Kerajaan) antara tersenarai 10 Wanita Inspirasi Malaysia Sinar Harian.

Selain itu, turut tersenarai ialah pengasas Christy Ng Shoes, Christy Ng (Usahawan); bekas Senator dan Presiden OKU Sentral, Datuk Dr Ras Adiba Radzi (Aktivis dan Pertubuhan Bukan Kerajaan) serta Johan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-62, Sofizah Mousin (Agama).

Sisipan khas Sinar Ahad sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024 yang menampilkan 10 Wanita Inspirasi Malaysia.
Sisipan khas Sinar Ahad sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024 yang menampilkan 10 Wanita Inspirasi Malaysia.

Tidak ketinggalan atlet gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi (Sukan), Ketua Pegawai Eksekutif Islamik Bank Digital, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz (Perbankan); Pakar Obstetrik Hospital Pakar KPJ, Dr Imelda Balchin (Perubatan dan Pempengaruh Kesihatan) dan Pengarah Respected Citizen, Nur Hawa Zainal Abidin (Pelakon dan Usahawan).

"Kami di Sinar Harian menghargai kerjasama setiap ikon dalam melapangkan masa untuk sesi temubual dan fotografi.

"Semoga sisipan khas 10 Wanita Inspirasi Malaysia ini membawa semangat hari wanita dan untuk kita bersama-sama berusaha mencipta dunia yang lebih inklusif dan saksama untuk semua.

"Tidak ketinggalan, kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan terima kasih kepada semua editor dan karyawan Sinar Harian dari pelbagai unit baik grafik, foto dan sosial media yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan edisi khas ini," katanya.

Nur Hawa Zainal Abidin atau Wawa Zainal (duduk) antara 10 Wanita Inspirasi Malaysia pilihan Sinar Harian.
Nur Hawa Zainal Abidin atau Wawa Zainal (duduk) antara 10 Wanita Inspirasi Malaysia pilihan Sinar Harian.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Wanita bekerjaya akan mempunyai cabaran dan konflik tersendiri dalam mencari keseimbangan kerja dan kehidupan. Nak tahu apa kata Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin mengenai wanita bekerjaya, jom tonton video temu bual ini sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #FarahHussamuddin #Inspirasi #HariWanita2024

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!