Sesi persekolahan 2024/2025 bermula hari ini
KUALA LUMPUR - Sesi persekolah 2024/2025 bagi Kumpulan A, iaitu sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dibuka hari ini.
Bagi Kumpulan B iaitu sekolah-sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya pula dibuka bermula esok.
Tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan pendekatan baharu, tiada pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah pada minggu pertama.
Sebaliknya ia diisi dengan aktiviti yang mewujudkan suasana ceria di sekolah serta penerapan adab dan akhlak.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan sebelum ini memaklumkan dalam minggu pertama, pengurusan sekolah perlu mengalu-alukan kehadiran murid dan pelajar dan memastikan mereka seronok untuk hadir ke sekolah.
Minggu pertama juga jelasnya wajar dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti menyeronokkan yang bangunkan emosi anak murid serta guru untuk melaksanakan proses pendidikan formal nanti. - Awani
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!