Kit Typhidot harta berharga Asma

Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail
Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail
A
A
A

MEMEGANG status sebagai ahli akademik jurusan sains biologi dan dinobatkan pelbagai anugerah serta gelaran tidak membuatkan wanita ini terus mendongak.

Sebaliknya, Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail ialah individu yang mudah didekati dan tutur bicara beliau penuh dengan nasihat serta kata-kata semangat.

“Bagi seorang ahli akademik, apabila kita ‘menutup mata‘ nanti, pasti Tuhan akan tanya apakah ilmu yang kamu hasilkan, dimanfaatkan oleh manusia?

"Untuk itu, dengan izin-Nya, saya dan pasukan sewaktu di Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan kit diagnostik pantas demam kepialu (tifoid) yang dipanggil Typhidot.

“Alhamdulillah, Typhidot berjaya mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),“ katanya kepada Sinar Harian.

Menjawab persoalan mengapa Typhidot mendapat pengiktirafan sebegitu, katanya, inovasi yang terhasil pada tahun 1994 itu sehingga kini berjaya membantu lebih dua juta manusia seluruh dunia.

“Lebih membanggakan lagi, apabila Typhidot sebenarnya membantu golongan miskin di lebih 18 buah negara dalam mengesan penyakit tifoid hanya dalam tempoh tiga jam,“ ujarnya.

Kongsi Asma, inovasi yang dilaksanakan ketika itu telah memberi impak yang besar buat dirinya sebagai seorang wanita dan juga ahli akademik.

Artikel Berkaitan:

“Ia merupakan salah satu inovasi oleh rakyat Malaysia untuk membantu golongan miskin sekali gus saya percaya Typhidot ini sebenarnya adalah salah satu Strategi Lautan Biru yang tidak disedari pun oleh sesiapa.

“Saya sangat bangga kerana kumpulan kami sebenarnya lebih awal melaksanakan strategi itu, tanpa kami sedar,“ katanya.

Sisipan khas sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024
Sisipan khas sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024

Bercakap mengenai cabaran dalam mengkomersialkan kit Typhidot, Asma tidak menolak wujudnya sikap skeptikal ataupun tidak percaya terhadap kebolehan rakyat di Malaysia.

“Saya tidak nafikan laluan untuk ke tahap ini sungguh berliku. Sebagai contoh, apabila Typhidot dipasarkan, negara luar seperti Filipina, India dan Pakistan sanggup membelinya dan mereka menghormati saintis Malaysia.

“Namun cabaran pertama yang saya hadapi adalah di negara sendiri. Orang kita masih tidak percaya dengan kebolehan anak watan. Mereka masih dengan pemikiran bahawa produk luar lebih bagus,“ kata beliau.

Bagaimanapun, masa berganti masa, Asma mengakui banyak pihak sudah membuka mata dengan inisiatif dilakukannya itu.

“Bagi saya Typhidot adalah penghasilan yang memberi impak cukup besar kepada dunia. Kita tidak boleh ubah mentaliti manusia secara drastik terhadap perubahan yang kita buat.

“Saya percaya dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak membuka mata mereka yang masih memandang rendah terhadap produk kita dan insan di sebalik penghasilannya iaitu wanita,“ katanya.

Sisipan khas Sinar Ahad sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024 yang menampilkan 10 Wanita Inspirasi Malaysia.
Sisipan khas Sinar Ahad sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024 yang menampilkan 10 Wanita Inspirasi Malaysia.

- INFO

Nama: Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail

Jawatan: Pro-Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI)

Kerusi Ibnu Sina (Perubatan), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)

Penasihat kepada Perdana Menteri dan negara (Sains, Teknologi dan Inovasi)

Pencapaian:

Hasilkan kit ujian pantas demam kepialu (tifoid) menerusi Typhidot dan dijadikan 16 paten untuk dikomersialkan. Mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kini kit Typhidot berjaya dipasarkan di 18 buah negara dan digunakan lebih dua juta individu.

Senarai Forbes Asia (2023) antara 50 wanita di Asia Pasifik sebagai penyumbang dalam sektor pendidikan tinggi, penyelidikan, inovasi (sains, teknologi, inovasi dan ekonomi tempatan).

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Memegang status sebagai ahli akademik jurusan sains biologi dan dinobatkan pelbagai anugerah serta gelaran tidak membuatkan wanita ini terus mendongak. Jom saksikan video temu bual Pro-Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #Wanita #AsmaIsmail #Inspirasi #HariWanita2024

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!