Hujan, ribut petir landa UAE
DUBAI - Dubai dilanda banjir susulan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengalami cuaca buruk pada Jumaat malam dan Sabtu dengan hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa bahagian negara itu.
Beberapa laporan gangguan dalam pengangkutan diterima dengan sebanyak 13 penerbangan yang masuk ke bandar berkenaan dilencongkan ke lapangan terbang berdekatan.
Di Abu Dhabi, ribut petir berlaku semalaman, disertai hujan lebat.
Hujan lebat turut dilaporkan di selatan Emirat al Ain menyebabkan penutupan jalan raya.
Pihak berkuasa di seluruh UAE mengeluarkan amaran menggesa orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan elak berkunjung ke pantai.
Pusat Meteorologi Kebangsaan memberi amaran tentang keadaan cuaca tidak stabil yang berterusan dengan hujan lebat dan ribut petir diramalkan sepanjang hujung minggu. - Awani
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!