Ancaman harimau: Murid Orang Asli takut ke sekolah

Mohd Zamri (kiri) meninjau murid darjah satu di SK Ismail Petra 1, Kota Bharu pada Ahad.
Mohd Zamri (kiri) meninjau murid darjah satu di SK Ismail Petra 1, Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mendedahkan ancaman harimau yang berlaku di Gua Musang menyebabkan segelintir murid Orang Asli tercicir dalam pembelajaran.

Pengarahnya, Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz berkata, situasi itu menyebabkan hampir 20 hingga 30 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar dan Bihai gagal hadir ke sekolah atas faktor keselamatan.

"Pihak kami dengan kerjasama Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), Jakoa (Jabatan Kemajuan Orang Asli), polis serta Tok Batin telah turun padang ke kawasan terlibat.

"Alhamdulillah hasil perbincangan, kita (JPN) telah berhasil memujuk seramai 17 pelajar Orang Asli untuk kembali sekolah," katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.

Mohd Zamri (dua dari kanan) menyambut kehadiran murid di SK Ismail Petra 1, Kota Bharu sempena hari pertama pembukaan sekolah sesi akademik 2024/2025 pada Ahad.
Mohd Zamri (dua dari kanan) menyambut kehadiran murid di SK Ismail Petra 1, Kota Bharu sempena hari pertama pembukaan sekolah sesi akademik 2024/2025 pada Ahad.

Sebelum itu, beliau melakukan tinjauan hari pertama pembukaan sekolah sesi akademik 2024/2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Ismail Petra 1 di sini.

Hadir sama, guru besarnya, Mohd Fauzi Ismail.

Menurut Mohd Zamri, langkah tersebut akan dibuat secara berkala dengan kerjasama semua pihak terbabit bagi memastikan keciciran melibatkan pelajar Orang Asli di Kelantan dapat dikurangkan malah dikosongkan.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, selain itu faktor lain yang menyebabkan keciciran pelajar Orang Asli ialah melibatkan adat-adat mereka serta cuaca.

Mohd Zamri (tengah) bersama Mohd Fauzi (dua dari kanan) meninjau tandas di SK Ismail Petra 1, Kota Bharu pada Ahad.
Mohd Zamri (tengah) bersama Mohd Fauzi (dua dari kanan) meninjau tandas di SK Ismail Petra 1, Kota Bharu pada Ahad.

Beliau memberitahu, bagaimanapun mereka yang bersekolah ditempatkan di asrama.

"Jadi dengan cara tersebut isu keciciran dapat kita kurangkan.

"Cuma yang penting ialah menjaga hubungan komunikasi antara pihak kita (JPN) bersama pemimpin tempatan seperti tok batin dan penduduk supaya sebarang isu dapat diselesaikan dengan cara baik," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!