Ramadan: Waktu kerja penjawat awam di Pahang pada Jumaat sehingga 12.30 tengah hari
KUANTAN - Waktu bekerja penjawat awam di Pahang pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan tahun ini ditetapkan sehingga jam 12.30 tengah hari.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penetapan waktu bekerja ini adalah selaras dengan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Di kesempatan ini, patik merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mula Tuanku atas keprihatinan dan kecaknaan terhadap kesejahteraan patik-patik sekalian.
"Patik pacal-pacal Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga akan terus beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga Negeri Pahang Darul Makmur demi kemakmuran bersama," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau memaklumkan penetapan waktu kerja ini melibatkan semua jabatan negeri, Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!