Penunggang RXZ maut dalam perjalanan ke kuliah agama Ustaz Azhar Idrus

Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat dalam kemalangan pada malam Sabtu. Gambar kecil: Mohd Rasis
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat dalam kemalangan pada malam Sabtu. Gambar kecil: Mohd Rasis
A
A
A

KEMAMAN - Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas terlanggar tayar gantian treler yang terjatuh di kilometer 261.7 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing menghala ke Kuantan pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Mohd Rasis Ismail, 42, dikatakan bersama lima motosikal yang lain dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk menghadiri kuliah agama oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus di Jalan Penor, Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, keadaan jalan yang gelap menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar tayar treler berkenaan sebelum tercampak kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian.

Menurutnya, sebelum kejadian, pemandu treler muatan kenderaan berusia 44 tahun itu telah berhenti di tepi jalan setelah menyedari tayar gantian kenderaan tersebut telah terjatuh.

Tayar gantian treler yang dilanggar mangsa di kilometer 261.7 LPT2 berdekatan hentian R&R Perasing.
Tayar gantian treler yang dilanggar mangsa di kilometer 261.7 LPT2 berdekatan hentian R&R Perasing.

"Tidak lama selepas pemandu itu berhenti di lorong kiri jalan untuk turun alihkan tayar tersebut, motosikal ini datang dan salah sebuah daripadanya telah terlanggar tayar itu.

"Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Ahad.

Menurut Hanyan, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan telah dituntut oleh ahli keluarganya sekitar jam 1 pagi pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

"Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Kita juga akan cuba melihat kes ini di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan sama ada terdapat unsur kecuaian yang menyebabkan kematian," ujarnya.

Kejadian menimpa Mohd Rasis tular di media sosial pada malam Sabtu selepas ia dikongsikan melalui akaun media sosial rasmi RXZ Members-Official.

Difahamkan, mangsa yang beralamat di Kampung Masjid Haji Kadir, Pasir Panjang di Kuala Terengganu merupakan seorang peniaga kedai makan dan sentiasa aktif mengikuti ceramah Ustaz Azhar.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Penunggang RXZ maut dalam perjalanan ke kuliah agama Ustaz Azhar Idrus #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Kemalangan #JalanRaya #Motosikal #RXZ #LPT #R&R #KuliahAgama #UstazAzharIdrus

original sound - Lirik Pendek - caciu11

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!