Minyak masak: Syarikat pembungkusan bakal dibatalkan lesen

Armizan ketika ditemui pemberita pada Program Jualan Rahmah (PJR) Madani di Padang Kawad Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut, Papar.
Armizan ketika ditemui pemberita pada Program Jualan Rahmah (PJR) Madani di Padang Kawad Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut, Papar.
A
A
A

PAPAR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan akan ada beberapa syarikat pembungkusan semula minyak peket akan dibatalkan lesen selepas didapati terlibat dalam ketirisan subsidi barangan tersebut.

Katanya, jumlah syarikat yang dibatalkan akan diumumkan secara keseluruhan selepas Mac ini kerana ada beberapa negeri yang belum selesai dilakukan audit.

"Untuk minyak peket ini sejak Oktober tahun lalu hingga penghujung Mac ini kita tengah buat audit untuk melihat sejauh mana keberkesanan program ini sebab kalau dilihat berdasarkan kuota yang ada sebenarnya ada sebanyak 60 juta peket minyak masak di pasaran pada kuota 60,000 tan metrik.

"Tetapi apa yang berlaku masih ada isu minyak masak peket tidak mencukupi dan sebagainya. Jadi kita tahu ada 60 juta peket minyak masak setiap bulan sebenarnya.

"Itu sebabnya kita buat audit mana-mana berlakunya penyelewengan dan telah pun ada beberapa syarikat yang kita akan umumkan nanti dibatalkan serta-merta pelantikan mereka sebagai syarikat pembungkus semula kerana terlibat dalam ketirisan subsidi minyak masak termasuk di Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Jualan Rahmah (PJR) Madani di Padang Kawad Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut, di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu minyak peket dan gula antara barang keperluan yang sukar diperoleh ketika ini di Sabah.

Mengulas lanjut, Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, pihaknya juga akan mengambil pendekatan untuk menambah baik pengedaran barangan keperluan tersebut supaya sampai ke golongan sasar.

Artikel Berkaitan:

"Antara pendekatan ialah melihat kepada pengedaran di mana sebelum ini syarikat pembungkusan semula yang dilantik dan mereka yang menentukan di mana mereka hantar bekalan minyak masak tersebut.

"Jadi kita mengambil pendekatan untuk menambah baik supaya KPDN dan KPDN Negeri dengan kerjasama pelbagai pihak untuk menentukan lokasi penghantaran, kalau tidak ke tahap peruncit pun tetapi sekurang-kurangnya daerah.

"Contohnya di Sabah ini pelantikan yang dibuat sebelum ini 90 peratus daripada syarikat pembungkusan semula yang dilantik adalah dari pantai timur Sabah iaitu di Sandakan, Tawau dan Semporna.

"Hanya 10 peratus di sebelah pantai baran dan tidak ada satu pun syarikat pembungkusan semula yang dilantik di sebelah utara, jadi inilah isu yang berbangkit sehingga saya turun ke PJR di Tandek baru-baru ini minyak masak tidak dijual," jelasnya.

Sehubungan itu, Armizan sekali lagi menegaskan, mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam penyelewengan dan ketirisan akan diambil tindakan serta merta.

"Ini termasuk pembatalan lesen dan seterusnya kita pertimbangkan apa lagi tindakan dari segi undang-undang yang kita boleh lakukan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!