Kod etika AI hanya panduan, bukan undang-undang - Menteri

Garis panduan dan kod etika AI tersebut merangkumi tujuh skop utama dalam pelbagai sudut. Gambar kecil: LIH KANG
Garis panduan dan kod etika AI tersebut merangkumi tujuh skop utama dalam pelbagai sudut. Gambar kecil: LIH KANG
A
A
A

PULAU PANGKOR - Garis panduan tadbir urus dan kod etika bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang akan diperkenalkan April ini bukan undang-undang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, pihaknya kini dalam fasa akhir untuk memuktamadkan garis panduan berkenaan sebelum dilancarkan.

Menurutnya, garis panduan tadbir urus dan kod etika tersebut merangkumi tujuh skop utama dalam pelbagai sudut.

"Garis panduan ini kita tengok dari semua segi dan sudut, namun sebab garis panduan, ia tidak melibatkan penguatkuasaan.

"Ini hanya panduan supaya pemain industri faham bagaimana elakkan daripada melakukan kesalahan sekali gus mengelak apa-apa yang tidak memanfaatkan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Pimpinan PKR Perak di sini pada Ahad.

Lih Kang berkata, perincian mengenainya akan diumumkan semasa pelancarannya pada bulan depan.

Pada 8 Mac lalu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam satu kenyataan memaklumkan garis panduan tadbir urus dan kod etika bagi AI sudah memasuki fasa akhir pembangunan dengan status pencapaian 90 peratus.

Menurut kementerian itu, berdasarkan garis masa pembangunannya, dokumen berkenaan dijadual dibentangkan di Kabinet bulan ini sebelum dilancarkan pada April 2024.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!