Agihan eTunai bermula 15 Januari hingga 14 Mac
KUCHING - Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima eTunai bernilai RM30 dalam dompet digital atau ‘eWallet’ mulai 15 Januari hingga 14 Mac.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, ia adalah untuk menggalakkan rakyat membeli tanpa menggunakan tunai.
“Inisiatif ini juga selari dengan transformasi digital pada masa kini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan cawangan baharu sebuah pasar raya di sini hari ini.
Dalam Belanjawan 2020, kerajaan memperuntukkan RM450 juta untuk program insentif eTunai yang bakal memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.
Antara aplikasi yang terpilih untuk perlaksanaan program eWallet itu adalah Touch n Go, Boost dan GrabPay. Pengguna hanya boleh menebus eTunai itu daripada salah satu aplikasi tersebut. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!