AS hantar kapal bantuan ke Gaza
MOSCOW - Amerika Syarikat (AS) telah menghantar kapal pertama dengan peralatan untuk menubuhkan koridor maritim bagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, kata Komando Pusat AS (CENTCOM) pada Ahad, lapor Sputnik.
Menerusi hantaran di X, CENTCOM berkata Kapal Tentera AS General Frank S. Besson (LSV-1) berlepas dari Pangkalan Bersama Langley-Eustis menuju ke Mediterranean Timur kurang 36 jam selepas Presiden Joe Biden mengumumkan AS akan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui jalan laut.
"Besson, sebuah kapal sokongan logistik membawa peralatan pertama untuk membina pelabuhan sementara untuk menghantar bekalan kemanusiaan penting," menurut hantaran itu.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!