Penjual buah sanggup jual sebelah mata demi bayar hutang

Seorang lelaki mengiklankan untuk menjual sebelah matanya di Bangkok akibat dibebani hutang tinggi. Foto Agensi
Seorang lelaki mengiklankan untuk menjual sebelah matanya di Bangkok akibat dibebani hutang tinggi. Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Seorang penjual buah berusia 57 tahun sanggup menjual sebelah matanya demi menyelesaikan masalah kewangannya.

Pada mulanya, kisah menyayat hati itu dikongsi halaman Facebook Panda Lab Doktor yang menunjukkan seorang lelaki menjual buah-buahan di tepi jalan dengan terpapar sepanduk bertulis 'Mata untuk dijual'.

Kemudian, media tempatan membongkarkan kisahnya dengan menyatakan lelaki itu menjual matanya akibat dibebani hutang yang tinggi dan berazam untuk menyelesaikan dengan kadar segera.

Lelaki itu menjelaskan, punca hutangnya bertimbun selepas dia melakukan pelaburan gagal sehingga terperangkap dalam masalah kewangan itu.

Sebenarnya, undang-undang Thailand melarang penjualan organ dan mengenakan hukuman berat kepada mereka terlibat termasuk pengamal perubatan.

Peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Palang Merah Thailand hanya membenarkan pendermaan organ daripada saudara-mara sahaja.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bank-Bank Thailand, menganggarkan hutang tidak rasmi penduduk negara itu telah mencecah lebih 3 trilion baht (RM394 bilion).

Dalam tempoh tiga bulan saja, program pelepasan hutang menerima hampir 150,000 permohonan dengan hutang berjumlah 11.09 bilion baht (RM1.45 juta). - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!