Orang ramai buat persediaan bulan puasa

Orang ramai beratur untuk membeli ayam di Pasar Seksyen 30, Shah Alam pada Ahad.
Orang ramai beratur untuk membeli ayam di Pasar Seksyen 30, Shah Alam pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai memperuntukkan antara RM200 hingga RM500 sebulan untuk perbelanjaan barangan basah sebagai persiapan menyambut Ramadan.

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Seksyen 30, di sini pada Ahad mendapati, barangan mentah yang menjadi tumpuan melibatkan ayam, daging, ikan dan hasil laut.

Orang ramai beratur untuk membeli ikan dan hasil laut di Pasar Seksyen 30, Shah Alam pada Ahad.
Orang ramai beratur untuk membeli ikan dan hasil laut di Pasar Seksyen 30, Shah Alam pada Ahad.

Pembantu akaun syarikat swasta, Zuraidah Adnan, 33, berkata, dia dan suami membelanjakan hampir RM500 untuk bahan mentah basah bagi kegunaan sepanjang bulan puasa.

Zuraidah
Zuraidah

“Sebenarnya saya sudah membuat persiapan sejak minggu lepas melibatkan barangan keperluan asas seperti beras, telur, minyak masak, tepung dan sebagainya

“Cuma hari ini saya baru berkesempatan untuk membeli barang basah. Saya datang seawal jam 7 pagi untuk membeli ayam kerana risau cepat habis, lebih-lebih lagi bulan puasa ini.

”Alhamdulillah, setakat saya pergi mana-mana pasar basah sekitar sini tidak ada lagi kekurangan stok dan masih mencukupi,” kata ibu kepada dua orang anak itu.

Artikel Berkaitan:

Menurut suri rumah, Noor Hafizah Mohamed Daud, 36, dia telah membuat persiapan sejak lima hari yang lalu bagi memenuhi keperluan dua buah rumah keluarga.

Noor Hafizah
Noor Hafizah

“Saya sudah membeli barang keperluan malah turut menyediakan pelbagai jenis pes untuk memudahkan saya memasak juadah berbuka nanti.

“Hari ini saya belanja kira-kira RM200 untuk barangan basah. Saya lihat harga seperti ayam tidak melambung dan peniaga juga tidak meletakkan had kuantiti pembelian kepada pembeli,” ujarnya.

Peniaga, Nik Asyraf Nik Yahya, 40, pula berkata, hasil jualan telah berkurangan seawal jam 9 pagi lagi.

Nik Asyraf
Nik Asyraf

“Kalau kebiasaannya, dalam jam 11 pagi barang mula habis tetapi jam 9 pagi, banyak yang dah habis dan stok juga semakin berkurangan, semalam (Sabtu) pun macam ini juga.

“Pelanggan tetap saya kebanyakannya membeli dua atau tiga kali ganda daripada biasa, mungkin sebagai persediaan Ramadan.

“Walaupun mereka membeli dalam jumlah yang banyak, tiada masalah kekurangan stok buat masa ini cuma mungkin berlaku kenaikan sedikit harga ikan dan ayam tetapi masih dalam keadaan terkawal,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!