Malaysia negara kelima paling gembira

Malaysia disenaraikan di kedudukan kelima daripada 10 negara paling gembira di dunia berdasarkan laporan tahun keempat Projek Minda Global, Mental State of the World. - Gambar hiasan
Malaysia disenaraikan di kedudukan kelima daripada 10 negara paling gembira di dunia berdasarkan laporan tahun keempat Projek Minda Global, Mental State of the World. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia disenaraikan di kedudukan kelima daripada 10 negara paling gembira di dunia berdasarkan laporan tahun keempat Projek Minda Global, Mental State of the World.

Republik Dominican di tangga pertama diikuti Sri Lanka, Tanzania, Panama, Malaysia, Nigeria, Venezuela, El Salvador, Costa Rica dan Uruguay.

Laporan itu turut menyenaraikan 10 negara paling tidak gembira iaitu Uzbekistan di kedudukan teratas selepas United Kingdom, Afrika Selatan, Brazil, Tajikistan, Australia, Mesir, Ireland, Iraq dan Yaman.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan penyelidikan neurosains oleh Sapien Labs membabitkan tinjauan dalam talian tanpa nama terhadap 419,175 individu daripada 71 negara.

Kajian itu dilakukan untuk mendapatkan peratusan ‘Mental Health Quotient (MHQ)’ individu berdasarkan 47 aspek kesihatan mental dalam enam kategori iaitu emosi dan pandangan, diri sosial, pemacu dan motivasi, sambungan minda-badan, kognisi, kebolehsuaian serta daya tahan.

Dalam pada itu, maklumat mengenai gaya hidup, dinamik bersama keluarga dan rakan serta trauma peribadi turut ditanya dalam tinjauan berkenaan.

Berdasarkan maklum balas, responden yang terlibat dalam kajian tersebut akan diberikan skor dan diletakkan pada spektrum daripada berkembang maju kepada membimbangkan.

Menurut laporan itu, Republik Dominican mempunyai purata skor MHQ sebanyak 91 peratus, Sri Lanka (89) dan Tanzania (88), manakala Malaysia mencatatkan 85 peratus iaitu peningkatan sebanyak 2.9 peratus daripada tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Tambah Sapiens Lab, keputusan MHQ tahun ini kekal dan tidak berubah berbanding penurunan mendadak yang dicatatkan pada 2021 serta 2022 akibat pandemik Covid-19.

"Ini menimbulkan persoalan penting tentang impak wabak yang berkekalan dan bagaimana perubahan cara kita hidup serta bekerja.

“Ia termasuk menguatkan tabiat sedia ada seperti kerja jauh, komunikasi dalam talian, penggunaan makanan ultra proses, penggunaan plastik sekali pakai yang mendorong ke arah kesejahteraan mental yang lebih lemah,” tambahnya.

Dalam pada itu, Sapiens Lab memaklumkan, mereka yang berusia bawah 35 tahun mengalami kemerosotan mental paling teruk disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Ujarnya, beberapa negara Afrika dan Amerika Latin mendahului kedudukan negara tersebut, manakala negara yang lebih kaya di Teras Anglosphere seperti United Kingdom dan Australia berada di bawah.

"Corak tersebut menunjukkan bahawa kekayaan yang lebih besar dan pembangunan ekonomi tidak semestinya membawa kepada kesejahteraan mental yang lebih baik," tambahnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!