'Kurangkan tempoh kenaikan pangkat TBK kepada 10 tahun'

Young Syefura
Young Syefura
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disarankan supaya memendekkan tempoh kenaikan pangkat bagi temuduga berasaskan kompetensi (TBK) daripada 13 tahun kepada 10 tahun untuk penolong pegawai biasa.

Jawatankuasa Khas Kesihatan Parlimen, Young Syefura Othman berkata, bagi penolong pegawai perubatan yang mempunyai Diploma Lanjutan Klinikal dan berdaftar dengan Assistant Medical Officer Technical Expert (AMOTex) pula dikurangkan kepada lapan tahun.

“Selain itu, kajian JPA supaya kenaikan pangkat secara flexi juga perlu dipercepatkan agar negara tidak kehilangan atau kerugian penolong pegawai perubatan yang dilatih dalam bidang subkepakaran,” katanya dalam satu hantaran di aplikasi X pada Isnin.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Bentong turut memberi ucapan Selamat Hari Pembantu Perubatan yang disambut pada 10 Mac 2024.

Young Syefura turut mengucapkan Selamat Hari Pembantu Perubatan yang dikongsikan di X pada Isnin.
Young Syefura turut mengucapkan Selamat Hari Pembantu Perubatan yang dikongsikan di X pada Isnin.

"Selamat Hari Pembantu Perubatan kepada semua penolong pegawai perubatan di agensi kerajaan dan pembantu perubatan di sektor swasta termasuk pembantu perubatan estet.

“Sumbang bakti anda semua dalam memperkasakan kesihatan rakyat amat dihargai,” ucapnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!