Muhyiddin bidas dakwaan kartel dalam parti

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari berhubung dakwaan parti itu dikuasai ‘kartel’.

Menurutnya, parti itu bergerak atas dasar perlembagaan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua ahli.

“Tidak ada kartel. Dia (Abdul Rashid) kata kartel. Mana ada kartel. Dia sendiri Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri, kalau kartel maknanya dialah.

“Jangan cari sebab dan dalih bila melakukan kesilapan besar maka menuduh parti pula buat begitu,” katanya dalam sidang media selepas penyerahan Pindaan Perlembagaan Bersatu di pejabat RoS pada Isnin.

Sebelum ini, portal media tempatan melaporkan, Abdul Rashid Asari mendakwa Bersatu Selangor dikuasai 'kumpulan kartel' pimpinan individu yang baharu menyertai parti sebagai punca beliau menyokong Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau menolak dakwaan merajuk kerana dilucutkan jawatan ketua Bersatu negeri, sebaliknya merasakan diri tidak diperlukan parti selepas sembilan tahun bekerja keras menubuhkan Bersatu Selangor.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!