Steinbruckner nafi Dion Cools sertai TFC

Steinbruckner
Steinbruckner
A
A
A

TERENGGANU FC (TFC) menafikan khabar angin berhubung pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Dion Cools bakal menyertai skuad Penyu itu dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menjelaskan pihaknya juga tidak merancang untuk memasukkan kapten skuad Harimau Malaya itu dalam skuad kendaliannya pada musim ini.

"Saya tidak mempunyai maklumat tentang perkara tersebut dan apa yang tular di media sosial seperti Facebook itu adalah tidak benar.

"Ia hanyalah sekadar khabar angin. Setakat ini tiada dalam perancangan pasukan untuk memasukkan Cools.

"Selain itu faktor perbelanjaan secara berhemah antara faktor tidak merekrut pemain baharu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum ini tular di media sosial berhubung kemungkinan pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium itu bakal memperkukuhkan lagi jentera pertahanan skuad Penyu pada musim baharu ini.

Mengulas lanjut, Steinbruckner turut menyatakan pemain kelab Buriram United dalam Liga Thailand itu tidak bersama TFC pada musim 2024/2025.

Setakat ini TFC sudah mempunyai enam pemain import termasuk Manuel Ott dan Nurillo Tukhtasinov selain penyerang kelahiran Croatia, Ivan Mamut Ismaheel Akinade (Nigeria), Argzim Redzovic (Montenegro) dan Matthew Steenvoorden dari Belanda.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!