Penduduk Palestin dihalang solat tarawih di Masjid al-Aqsa

Rakaman yang menjadi tular menunjukkan rejim Zionis sengaja mencetuskan konfrontasi baharu di Baitul Maqdis pada malam 1 Ramadan. - Foto: Agensi
Rakaman yang menjadi tular menunjukkan rejim Zionis sengaja mencetuskan konfrontasi baharu di Baitul Maqdis pada malam 1 Ramadan. - Foto: Agensi
A
A
A

BAITUL MAQDIS - Pihak berkuasa Israel menggunakan kekerasan melampau ke atas ratusan penduduk Palestin yang mahu memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa (Haram al-Sharif) di Baitul Maqdis untuk menunaikan solat tarawih pada malam Ahad.

Agensi berita Wafa memetik kenyataan saksi melaporkan rejim Zionis bertindak menghalang golongan itu di pintu masuk al-Aqsa hingga mencetuskan insiden pertempuran.

Rakaman video yang menjadi tular menunjukkan anggota keselamatan Israel turut memukul penduduk Palestin dengan baton ketika mengusir mereka.

Di bawah sekatan baharu itu, hanya wanita berusia 40 tahun ke atas dibenarkan untuk mengerjakan solat tarawih manakala larangan dikenakan ke atas lelaki muda Palestin.

Bagi menghalang penduduk Palestin melaksanakan ibadah sepanjang bulan suci, rejim Tel Aviv bertindak mengeluarkan puluhan perintah deportasi ke atas komuniti tersebut di Baitul Maqdis.

Sebagai respons terhadap insiden keganasan terbaharu itu, gerakan Jihad Islam dengan tegas mengeluarkan amaran Israel sengaja 'bermain dengan api'.

“Kami tidak akan berdiam diri dengan sekatan ketat tersebut,” ujarnya.

Pada akhir bulan lalu, gerakan Hamas yang mentadbir Genting Gaza memberi peringatan jelas tentang konflik baharu jika rejim Tel Aviv meneruskan pelan jahat dengan menghalang kemasukan penduduk Palestin ke al-Aqsa sepanjang Ramadan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!