Paras air empangan di Kedah mula susut: Exco

Simon
Simon
A
A
A

ALOR SETAR - Rakyat Kedah dinasihatkan mengambil langkah berjimat dalam penggunaan air berikutan takungan di berapa empangan menyusut akibat cuaca panas ketika ini.

Exxo Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Simon Ooi Tze Min berkata, keadaan terbabit berlaku selepas cuaca panas melanda Kedah sejak akhir November lepas.

Katanya, berdasarkan rekod Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), takungan di beberapa empangan utama mencatatkan penyusutan selepas cuaca panas melanda negeri ini sejak dua bulan lalu.

"Melalui semakan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), negara kini berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada hujung Mac ini.

"Jadi, keadaan hujan di kawasan Utara khususnya Kedah dan Perlis sudah tidak menerima hujan sehingga dua minggu sepanjang tempoh ini," katanya.

Katanya, gelombang haba pula mencatatkan bacaan antara 34 darjah Celcius hingga 36 darjah Celsius di Alor Setar untuk minggu ini berdasarkan bacaan menerusi APP myCuaca.

Di Malaysia, suhu setinggi 34 darjah Celcius dan lebih daripada itu dianggap sebagai cuaca panas luar biasa.

Malah, katanya, kerajaan negeri akan sentiasa memantau perkembangan berhubung perkara ini dan bekerjasama dengan agensi berkaitan khususnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menggiatkan lagi usaha pemantauan terhadap sebarang aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelakkan sebarang kejadian.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, orang ramai diminta kerjasama supaya tidak melakukan pembakaran terbuka ataupun membuang puntung rokok sesuka hati kerana kesannya amat besar terutama dalam cuaca panas ketika ini.

Dalam perkembangan sama, katanya, penduduk dinasihatkan untuk tidak terlalu terdedah pada cuaca panas bagi mengelakkan serangan strok haba.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!