Gambar terbaharu Kate Middleton dimanipulasi?

Kedudukan tidak selari tangan Puteri Charlotte telah mencetuskan tanda tanya jika gambar itu 'dimanipulasi'. - Foto: Agensi
Kedudukan tidak selari tangan Puteri Charlotte telah mencetuskan tanda tanya jika gambar itu 'dimanipulasi'. - Foto: Agensi
A
A
A

NEW YORK - Sebanyak empat agensi foto pada Ahad menarik balik gambar Princess of Wales kerana bimbang ia telah dimanipulasi.

Foto tersebut dikatakan telah diambil Putera William dan dikeluarkan oleh Istana Kensington di Britain untuk Hari Ibu yang memaparkan Kate Middleton bersama tiga anaknya, Putera George, Putera Louis dan Puteri Charlotte.

Associated Press (AP) menjadi agensi pertama yang berbuat demikian atas alasan ia tidak memenuhi standard gambar mereka berdasarkan kedudukan tidak selari tangan Puteri Charlotte.

Difahamkan, ia merupakan foto rasmi pertama Kate sejak beliau menjalani pembedahan perut, dua bulan lalu dan tidak muncul di khalayak umum.

Gambar itu dimuat naik di akaun media sosial pasangan tersebut dengan mesej beliau mengucapkan terima kasih atas ucapan dan sokongan sepanjang tempohnya berehat.

Imej sempena Hari Ibu itu turut dipaparkan pada muka depan beberapa akhbar dan laman web termasuk BBC News. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!