Gergasi EPL barakan semangat Ramadan
GERGASI bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) menggunakan platform media sosial menyampaikan ucapan sempena bulan Ramadan kepada penyokong beragama Islam masing-masing.
Pendahulu EPL, Arsenal kendalian Mikel Arteta menulis “Untuk semua yang menyambut bulan ini, kami mengucapkan selamat menyambut Ramadan,” di akaun X rasmi kelab utara London itu.
Liverpool FC kendalian Jurgen Klopp juga tidak ketinggalan mengucapkan “Ramadan Kareem daripada kami semua di Liverpool FC.” di laman X The Reds.
Kelab London, Chelsea asuhan Mauricio Pochettino pada X, bersama-sama dengan gambar animasi tokoh Islam sedang berdoa menulis “Ramadan Mubarak kepada penyokong kami yang meraikan di seluruh dunia!”
“Ramadan Kareem kepada semua yang meraikan di seluruh dunia,” tulis penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City kendalian Pep Guardiola yang berada di kedudukan ketiga liga di X.
Jiran tetangga, Manchester United asuhan Erik ten Hag juga menerbitkan mesej perayaan di akaun X rasmi, yang berbunyi, “Ramadan Mubarak kepada semua yang meraikannya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!