Masak di rumah jadi pilihan

Orang ramai membeli buah kurma sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan bagi juadah berbuka puasa semasa tinjauan di Pulau Kambing, Kuala Terengganu pada Isnin. Foto Bernama
Orang ramai membeli buah kurma sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan bagi juadah berbuka puasa semasa tinjauan di Pulau Kambing, Kuala Terengganu pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Undian Twitter Sinar Harian @SinarOnline bertajuk ‘Apakah pilihan anda untuk berbelanja sepanjang bulan Ramadan?’ menyaksikan orang ramai memilih masak di rumah sebagai cara menyediakan juadah berbuka puasa.

Sebanyak 80.7 peratus pengguna media sosial itu mengundi masak di rumah berbanding dua pilihan lain iaitu beli di bazar Ramadan dan makan di restoran atau hotel.

Tangkap layar undian di platform X Sinar Harian @SinarOnline bertajuk ‘Apakah pilihan anda untuk berbelanja sepanjang bulan Ramadan?’ setakat jam 3.50 petang Isnin.
Tangkap layar undian di platform X Sinar Harian @SinarOnline bertajuk ‘Apakah pilihan anda untuk berbelanja sepanjang bulan Ramadan?’ setakat jam 3.50 petang Isnin.

Orang ramai turut memilih membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan iaitu bersamaan 13.5 peratus, manakala makan di restoran atau hotel hanya 5.7 peratus.

Undian tersebut yang dimuat naik pada 9 malam Ahad menyaksikan kira-kira 500 pembaca Sinar Harian mengambil bahagian bagi menjawab pilihan mereka setakat jam 4 petang Isnin.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian pula mendapati kos sara hidup yang tinggi dan ketibaan bulan Ramadan serentak dengan sesi buka sekolah adalah antara faktor orang ramai berazam untuk berjimat.

Pada Ahad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa hari ini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!