Premis borong, runcit seleweng barangan kawalan diserbu
Pengarahnya, Azman Ismail berkata, serbuan jam 4.30 petang itu mendapati pemborong tersebut dikesan tidak mengemas kini buku stok barang kawalan.
"Pemeriksaan lanjut ke atas buku itu mendapati pemborong berkenaan gagal merekodkan maklumat-maklumat yang dikehendaki mengikut peraturan ditetapkan berhubung pemilikan barang kawalan.
"Walaupun mempunyai lesen, namun dia (pemborong) gagal berbuat demikian dan kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya pada Selasa.
Menurut beliau, pemilik berusia 40-an tersebut turut disyaki menjual minyak masak bersubsidi kepada orang atau individu yang tidak dilesenkan oleh KPDN.
Ujarnya, KPDN Kelantan turut merampas dokumen-dokumen berkaitan barang kawalan untuk siasatan lanjut.
"Pihaknya memberikan amaran keras kepada individu atau syarikat yang melakukan aktiviti menyeleweng atau menyeludup barang kawalan supaya menghentikan segera tindakan tidak bermoral tersebut.
"Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi termasuk mengenakan denda yang tinggi dan pertuduhan di mahkamah," katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!