Telefon Magik vs Telefon AI: HONOR sudah buktikannya

No Image Caption
A
A
A

Telefon Kecerdasan Buatan (AI) akan menjadi peringkat ketiga dalam industri telefon mudah alih selepas telefon berciri dan telefon pintar, dengan 2024 menjadi tahun sulung telefon AI.

Firma penyelidikan pasaran IDC meramalkan bahawa, penghantaran global telefon AI generasi baharu akan mencapai 170 juta unit pada 2024, iaitu menyumbang 15 peratus daripada keseluruhan penghantaran telefon pintar.

Bercakap tentang telefon AI, model paling hangat dalam industri telefon mudah alih tahun ini ialah Samsung Galaxy S24 Ultra dan HONOR Magic6 Pro.

Apakah sebenarnya telefon AI

Menggunakan teknologi AI pada telefon pintar bukanlah sesuatu yang baharu; ini kerana seawal kemunculan peranti HONOR 10 lagi, ciri kamera AI telah diperkenalkan, di mana boleh mengenal pasti objek secara automatik dan mengoptimumkan foto seperti fungsi menjadikan foto langit jadi lebih biru atau pokok jadi lebih hijau.

No Image Caption

Apa yang baharu dalam teknologi telefon AI ini ialah pengenalan Model Bahasa Besar atau Large Language Models dan AI generatif. Model Bahasa Besar ialah model AI yang dilatih mengenai jumlah data yang besar dan mampu menjana imej atau teks berdasarkan permintaan pengguna sama seperti keupayaan ChatGPT yang popular.

Walau bagaimanapun, menggunakan model AI yang besar pada telefon pintar bukanlah mudah. Ia melibatkan pertimbangan saiz model, pengalaman AI, penggunaan kuasa dan pelaburan kos yang besar, di mana ia akhirnya akan menimbulkan cabaran besar walaupun untuk pengeluar telefon mudah alih.

Artikel Berkaitan:

HONOR Magic6 Pro penuhi keperluan pengguna

Beberapa persoalan sering ditimbulkan apabila bercakap mengenai jenis telefon AI yang diperlukan yang mampu memenuhi kehendak pengguna. Adakah ia telefon pintar yang berfungsi sebagai gerbang awan AI, atau adakah ia peningkatan nilai intrinsik telefon pintar itu sendiri?

Peranti terbaharu keluaran HONOR iaitu Magic6 Pro adalah jawapan yang tepat untuk menjawab segala persoalan itu. Ini kerana telefon AI ini dilengkapi dengan Model Bahasa Besar AI pada perantinya; di mana ia mampu menyokong Model Bahasa Besar AI pada peranti dengan sehingga 7 bilion parameter.

No Image Caption

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, George Zhao, ketika ditemu bual berkata, bahawa pembangunan AI pada peranti mempunyai kemungkinan yang tidak berkesudahan.

Pada masa ini, Model Bahasa Besar AI pada peranti HONOR boleh menyediakan perkhidmatan secara peribadi untuk pengguna berdasarkan pilihan dan persepsi mereka.

Pengguna akan membayar bil untuk perkhidmatan AI?

Tidak seperti HONOR, satu lagi telefon pintar AI popular, siri Samsung S24, menggunakan perkhidmatan berasaskan awan. Untuk menggunakan ciri AI pada telefon Galaxy, pengguna perlu mempunyai kedua-dua akaun Samsung dan Google, dan beberapa ciri lain pula memerlukan sambungan internet dan ia menunjukkan bahawa fungsi AI akan diproses terutamanya dalam awan.

Pada masa ini, Samsung telah menjelaskan di laman web siri Galaxy S24 bahawa ciri Galaxy AI keluarannya akan diberikan secara percuma sehingga penghujung tahun 2025.

Ciri AI yang disediakan oleh pihak ketiga mungkin tertakluk pada terma yang berbeza, yang bermaksud bahawa pengguna mungkin perlu membayar yuran pihak ketiga untuk perkhidmatan AI yang mereka gunakan. Tidak dapat tidak, isu caj adalah sesuatu yang mungkin perlu dipertimbangkan oleh pengguna AI pada bahagian awan.

Telefon Magik vs telefon AI, yang manakah lebih baik?

Pada Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024 yang berakhir baru-baru ini, Presiden Qualcomm, Cristiano Amon, turut hadir pada acara pelancaran global HONOR Magic6 Pro yang membawa hasil kerjasama Qualcomm dengan HONOR dalam AI.

Beliau secara khusus memuji ciri ‘Magic Portal’ baharu yang diperkenalkan dalam HONOR Magic6 Pro, yang menyaksikan bagaimana AI akan mengubah pengalaman dunia mudah alih pengguna di masa hadapan.

No Image Caption

Magic Portal ialah ciri AI berasaskan niat berpaksikan manusia (human-centric intent-based), di mana ia membolehkan HONOR Magic6 Pro memahami mesej teks atau imej yang digabungkan dengan tabiat pengguna, meramal serta menyediakan penyelesaian yang lebih tepat.

Sebagai contoh, pengguna HONOR Magic6 Pro hanya perlu menyalin alamat dan menyeretnya ke aplikasi navigasi (Peta Google/Waze disokong) di dalam Kapsul Ajaib di sebelah kanan. Ini membolehkan mereka memulakan navigasi secara langsung, tanpa perlu untuk menyalin alamat, membuka aplikasi navigasi, menampal alamat dan mengesahkan pergerakan.

Ciri inovatif ini memberikan pengalaman menakjubkan untuk para pengguna HONOR Magic6 Pro, sesuai dengan nama jolokannya Telefon Ajaib.

HONOR amat teliti dalam aspek pembangunan AI pada peranti yang berteraskan pengguna dan jangka panjang.

No Image Caption

Perbincangan meja bulat antara George Zhao bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif GSMA, John Hoffman, dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan MCX, Qualcomm Technologies, Alex Katouzian, adalah untuk menyerlahkan kepentingan mencipta peranti yang memberikan pengalaman intuitif, berpusatkan manusia yang menjamin privasi pengguna.

“Kami percaya AI akan membina semula sistem pengendalian dan pengalaman telefon pintar masa depan kami. HONOR akan memajukan strategi AI kami dengan menyepadukannya ke dalam MagicOS dan semua peranti kami dalam memastikan pengalaman berpaksikan manusia ini akhirnya akan memberikan kegembiraan kepada pengguna kami dengan setiap interaksi,” ujar George.

HONOR juga bekerjasama rapat dengan rakan kongsi ekosistem dalam platform dan aplikasi mudah alih. Sebagai contoh, kerjasama rapat antara HONOR dan Qualcomm memberikan tumpuan khusus terutamanya pada inovasi bersama dalam prestasi, penggunaan kuasa dan privasi pengguna, di samping memacu penggunaan AI Model Bahasa Besar pada peranti yang lebih baik.

Dari segi prestasi, kedua-dua pihak mengoptimumkan prestasi inferens AI pada peranti, dengan melepaskan sepenuhnya kuasa pengkomputeran NPU pada peranti.

No Image Caption

Manakala dari segi penggunaan kuasa, mereka bersama-sama mengoptimumkan penjadualan NPU pada peranti untuk menjadikan aplikasi Model Bahasa Besar berfungsi secara lancar dan cekap tenaga.

Sementara itu daripada aspek privasi dan keselamatan pula, kedua-dua pihak mengoptimumkan perlindungan laluan data bagi aplikasi Model Besar AI pada peranti untuk memastikan privasi serta keselamatan pengguna tidak dikompromikan.

HONOR sedang aktif mewujudkan ekosistem terbuka dan menjemput rakan kongsi seperti Qualcomm dan GSMA untuk bekerjasama untuk memecahkan halangan sistem tertutup.

"Dengan memupuk kerjasama terbuka, kami mencipta pengalaman AI pada peranti untuk manfaat pengguna."

Bayar deposit RM66 sekarang untuk layak mendapat Special Bird Early!

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!