Pembantu kedai ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan

Seorang lelaki Pakistan ditahan dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah premis di Kampung Pandan pada Isnin. Gambar hiasan
Seorang lelaki Pakistan ditahan dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah premis di Kampung Pandan pada Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Polis memberkas seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah premis di Kampung Pandan di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa berada di pejabat dan sedang menunggu pekerja di kedai berkenaan membaiki kipas.

"Suspek yang juga pembantu kedai itu telah meminta nombor telefon bimbit mangsa.

"Semasa remaja berkenaan sedang menulis, suspek bertindak memegang bahu mangsa dengan kedua-dua belah tangan dan melakukan perbuatan tidak senonoh," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Azam berkata, suspek telah diberkas susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

"Hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah

"Lelaki itu telah direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!